Resepi Fish & Chip Gaya Ana
Bahan2nya
Kepingan Isi Ikan Dowry
Tepung jagung
Telur
Bread Crum
Lada sulah
Garam
Caranya
Gaul kepingan Ikan Dowry dengan garam & lada sulah, perapkan sekejap. Pukul telur dalam mangkuk. Ratakan tepung jagung & bread crum diatas pinggan leper berasingan. Tekapkan kepingan ikan dowry pada tepung jagung, kemudian celup kedalam telur dan tekapkan pada bread crum, tekan sedikit supaya melekat. Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan. Tara....dh masak, boleh la makan..
Barbeque sos
Bahan2nya:
Bawang putih
Mentega
Kiub ayam
Kicap manis
Lada hitam ditumbuk lumat
tepung gandum
air/susu segar
Caranya
Panaskan minyak. tumis bawang putih hingga kuning, masukkan tepung gandum yang dibancuh dengan air/susu segar. Kacau hingga kuning, tambahkan kiub ayam, kicap secukupnya, masukkan lada hitam yg dikisar sendiri (Jgn guna serbuk lada hitam biasa dijual kerana rasanya kurang sedap). Kacau hingga pekat. Boleh la dihidangkan dengan Fish tadi. Untuk chipnya..goreng la kentang sendiri atau buat apa2 salad....hidangkan....mesti bebudak suka.. Untuk chicken chop guna method yang sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan